Followers

Wednesday, September 12, 2018

GOJES FAMILY DAY 2018 : PETANG DI CYBERVIEW RESORT & SPA


hai semua..mari kita sambung cerita petang mak-mak gojes.. Apalah family day tanpa potluck kan.Betulkan, ada gathering je mesti WAJIB ada acara makan-makan. Start around 4.30pm macam tu slowly sorang-sorang berkumpul disamping makanan masing-masing di tepi kolam kanak-kanak. Serius best Cyberview ni, port lepak semua bagus. Tepi kolam mandi ada meja kerusi boleh guna untuk bersantai. Kitorang siap bentang tikar besar Umie bawa. Fuhhh, sambil mak-mak membawang putih,merah besar semua, anak - anak enjoy lepas dalam kolam mandi. Kawasan dia sekitar tu je, tak risau pun lepas anak-anak. Pantau sekejap - sekejap.

ni area pool dewasa dia.lawakan..pool dia berangkai, belah atas sana pool kids juga

Mishka biasalah, memula nak masuk kolam ni payah sikit. Dia duk tepi tangga jadi jaga kolam dulu, dah mama hantar masuk kolam baru dia berani join kakak. Kakak? tak payah suruh, dia terjun je terus masuk kolam. Ada dia kisah adik nak masuk ke idok..hahaha

see,penjaga tangga kolam..hahaha

aktiviti fav anak-anak

Aktiviti fav mak-mak duduk mengadap depan makanan la..tengok je lah gambar kat bawah ni, tak terucap dengan kata kekenyangan petang tu, membawa ke malam..hahaha...

tu aglio oglio sedap rara
antara menu yang ada

nona manis tu faveret mishka..sekejap-sekejap naik
dari kolam mama nak kuih hijau

peace

picnic petang

meja sambung bersambung

tak sia-sia pilih Cyberview, semua port best!

teman anak berendam

kawan sampai tua

Happynya dapat join tak dapat diluah dengan kata-kata. Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Dalam 7.00pm kitorang semua beredar naik bilik masing-masing, sambung mandi dalam bilik pula, then sesiap untuk upacara malam pula. 
Till then,
stay tuneee....

2 comments:

si ayu dan kacak berkata