Followers

Tuesday, August 14, 2018

MAKAN at THE BASIKAL

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

sis minta tumpang lalu ye, baru lepas tebas rumput, sapu sawang kat blog ni. Baru dapat aura nak update blog ni. Sian dia dah lama terabai. Sendu terus...Kita kasi revive balik ok sayang.

Cerita-cerita tahun 2017 dan lepas-lepas tu, biar jelah simpan kenangan kat FB nun. Kita start fresh dari 2018 je la ye. Ni cite bulan April hari tu. Kitorang plan nak pegi dinner, takde sambut pape pun,just mak anak 3 iaitu Siti nak makan luar dengan Wawa, mak anak 2 ni follow la sekali. Siti dengan Wawa ni rakan sekerja, Tapi Cik Wa Nia Mishka tu dah pindah JKR dah sekarang, tak kerja kat IPG dah. But still in contact till now. Rumah dedekat je.

Well,kitorg g makan kat The Basikal, Bangsar. Kedai ni kat rooftop, kalau tak tahu tak expect pun ada tempat makan atas tu. Pergi siang macam biasa-biasa je, tapi bila pergi malam, siap ada lampu-lampu,ambiance dia best. Seronok budak-budak tu berlari berkejaran. 





Menu dekat sini takde lah banyak sangat dan kebaboom boom tapi rasa makanan dia sedap. Hari tu ayu makan mee curry, nia makan nasi lemak. Siti order Laksa ( takde dalam gambar ) and Wawa order chicken chop. Sirap bandung soda tu sodappp.. Dia ada juga menu lain, asam pedas, nasi lemak ayam rempah if xsilap. Lupa plak nak amik pic menu dia. Harga pun affordable. Suka lepak sini boleh sesembang lama santai sebab takde orang sangat. Kitorg pergi hari tu around 8pm lepak sampai nak dekat kul 10pm juga la. Tapi kalau nak datang sini, mind that tangga dia agak seramm nak naik..hahahaha.


Sesiapa yang stay area Bangsar tu, kalau rasa-rasa nak pergi rooftop cafe, ayu recommend sini. jangan pula korang expect ada aircond ye, tapi tak panas sangat pun, ada kipas keliling sebab dia jenis open air, xsemua tempat ada bumbung, kalau hujan sila cabut...hahahaha

budak-budak yang happy bila makan lu

See, lawa kan suasana bila malam hari. Siap ada free wifi lagi. Bolehlah terus upload pic korang kat situ. Diorang ada Fb pagi if tak silap Makan at The Basikal .





suasana bila siang

Yang tak habis lagi teroka kedai makan area Bangsar ni. Asyik pergi kedai makan samaaaaa je.
hahahahaha


No comments:

Post a Comment

si ayu dan kacak berkata