Followers

Friday, January 15, 2016

KENANGAN

dalam hidup kita mesti banyak kenangan yang dah terkumpul......Kadang-kadang kita dah lupa pun certain perkara tu tapi kadang-kadang kita tak boleh nak elak dari teringat...bila sesuatu jadi kat kita,baru kita kadang-kadang teringat balik,benda-benda yang jadi sebelum tu,kenangan2 yang kadang2 pahit macam kopi xde gula or kenangan2 yang manis macam gula...

Dan sebenarnya kita yang pilih minda kita nak ingat kenangan yang mana.... kalau kau pilih nak ingat yang pahit-pahit kopi o tu,maka pahit lah hidup kau...kalau kau pilih nak ingat kenangan yang manis2,maka manislah hidup ko..tapi mana ada org yang hidup dia manissssssss jer...mesti ada pahit2 macam nescafe,pahit tapi hari2 nak minum jgk....ok,itu aku....

bila aku pilih nak ingat yang manis-manis walaupun hidup itu pahit.....sebab aku ada terbaca kat entry susudalambotol dia tulis kawan dia quote :

" In your life, there will always someone you won't ever forget. Time flies, that person will appear in your mind once in a while. Despite whatever happened between both of you, you will always want to reminisce all the good memories together....... "

yess,itu aku....kau suruh aku bagitau 1 kenangan pahit aku dengan dia....aku boleh bagitau 1 je la...waktu kat mahkamah time lafaz talak tu.....
cuba kau suruh aku bagitau 1 kenangan manis dengan dia,i can write for you the whole entry about it....kadang-kadang, apa yang dia fikir,aku pun tak tau macamana dia pun tak tau apa yang aku pikir....tapi ye lah,jodoh dah tak de...
jangan la fikir sangat asbab dan sebab yang kadang2 tak munasabah tu...manusia,mana akan pernah sefahaman kan...tukar satu perkataan pun boleh tukar satu ayat jadi lain maknanya,apatah lagi nk faham orang.....

ok,back to kenangan....walau ape pun yang terjadi antara kita dengan orang lain,kita tetap akan ingat perkara baik yg pernah kita buat dengan dia...whoever it is...dengan kawan,dengan sedara,dengan kawan ofis or dengan sesiapa je lah....bila kau rasa marah dengan dia,ingat balik benda baik dan kenangan manis korang dengan dia...insyaallah,syaitan dan jin yg menghasut nak pecah belahkan tu mesti kalah...

tapi kalau semua kenangan manis tu pun tak dapat nak halang dari dia benci kita,tak suka kita or tak nak kawan dengan kita lagi,biarlah....jangan pulak ko nak buruk2 kan dia..biar je dia cari kawan lain, yang maybe dia rasa boleh collect balik kenangan manis yang sama mcm dengan kita....

kalau semua kenangan susah payah senang bersama tu tak boleh nak attach kita dengan dia, tak payah la nak sibukkan diri kita attach dengan dia...kadang2 manusia ni, dihargai satu,dibencinya seribu....

ok la,penat dah nak nulis....semua kenangan2 dulu2 yg pahit or manis simpan je elok2..rasa2 nak ingat or teringat, kenang je lah balik...tak salah pun,xkawan tak semestinya xleh ingat kan...

***yang masih tak boleh lagi tukar doa selepas sembahyang...mesti sebut jugak namanya...dan hari ni,aku kena scan,jaga hati sendiri dulu baru jaga hati orang.kau ni baik sangat.kau simpan dalam banyak sangat....kan dah kene setempak tepat kat muka...



2 comments:

  1. Kuatnya ayu..semoga Allah lindungi ayu dan anak2

    ReplyDelete
  2. ayu memang kuat..kagum sangat dengan ketabahan ayu..anez doakan hari2 depan membawa seribu sinar kebahagiaan buat ayu dan anak-anak2..

    ReplyDelete

si ayu dan kacak berkata