Followers

Tuesday, February 26, 2013

HD 8 MONTHS

pada tarikh ini 26hb,hari yang sama,Selasa...tepat jam 7.32pm,waktu yang sama 8 bulan lepas...Hanania Danisha dilahirkan oleh diriku....(gigih push tau...)

tp rasa macam baru jer tulis entry yang my baby dah 7 months,now kene buat entry my baby dah 8 months.... waaaa,mmg rasa nak nangis bila membayangkan cepatnya masa berlalu..my baby isnt baby anymore nnt...nanti dia dah jd toddlers,children..she isnt an infant anymore.....i is sad to let all the memories is stay with me,i still can smell her heaven smell when she was born....i wonder mak mak budak yang manjakan anak sebab ni kot,tak dapat terima hakikat yang anak2 dah membesar,gonna have their own choice and their own life...isshhhhh,tak mau fikir lagi semua tu...sekarang adalah masa untuk appreciate every moment with lil HD....

HD 1st day....
And masuk 8 bulan ni,Nia dah tumbuh gigi yang pertama....so cute...orang cakap kalau cepat tumbuh gigi,lambat berjalan tapi tak tahu la...mayb betul kot..sekarang nia still tak merangkak lagi..dia just laju mara menyusur ke depan,berat betul nak angkat bontot dia tu...kalau atas katil bertilam empuk jer dia angkat montot ia...huhuhu...and she try to sit dah sekarang,bila dia golek2 nanti dia panjat bdn kita,landing mcm bersantai di tepi pantai,ala2 duduk tapi mcm baring...but if kita dudukkan,mmg dah tegap badan dia...

Her weight n height,tak timbang n tak ukur pun lagi...sebab g klinik sebab Nia kembung kelmarin,lupa nak suwuh doktor timbang Nia..appointment bila dia dah 9 bulan nanti...

For now,susu pun dah tukar..tak minum dutch baby,bagi dulac pulak sekarang..bila Nia dah tak mununjukkan minat nak minum susu,we have to find way to make her drink...ok,pasal susu ni nanti cite entry lain...so far,now Nia pun dah pandai sebut mama..means clearly mama..bila dia  nangis mmg dia akan cari mama...panggil mama....(that make me touching)....cair hati den dengar anak nangis panggil maaammmaaaaa...terus g amik la...hahaha..she know how to tackle me la.....

her 1st teeth!!!!!!!!!
she an happy baby.....
lagi ape yer..????rasa nya macam - macam progress dia yang hari - hari mama n papa Nia jer yang dapat tengok...and her babysitter toooo...adik sofea pun dah besar dah.....

To my lil HD,if u read this entry later mama want u to know that mama n papa love u so much....u always be our baby,now and forever....we dont need anything from u xcept ur prays...Insyaallah,mama n papa will try give u our best for here n to Jannah....


CHE TA DENGAN ZAIN SAIDIN...NAK KAHWIN....



oh my  englishhhh...hahahaha....che ta dengan zain saidin nak kawen.....adakah mereka betul-betul akan kawen????tunggu jer la nanti berita lanjut...sumber dari MSTAR...

TEASER PROGRAM AMAL....

MAJLIS : PROGRAM AMAL BLOGGER bersama ANAK YATIM
TARIKH : 24 FEBRUARI 2013
TEMPAT : RUMAH AMAL KASIH BESTRAI,KG MELAYU SUBANG

so sad i is not in da pic.... :)


the banner

part of it

rainbow....

cat women...

Monday, February 25, 2013

FAB BABY LOOK ALIKE CONTEST

its happening on 16.02.2013....hahaha..dah almost 2 weeks ago,baru berkesempatan nak update... me masuk contest FAB BABY LOOK ALIKE CONTEST di anjurkan oleh FAB BABY BAZAAR...(i follow them on fb)...Hanania 2nd contest...sekarang susah la,contest kat FB semua nak like terbanyak..ayooo,susah oo nak collect like tu...yang ni maybe sebab nasib kot dpt masuk final sbbtop 15,admin yang pilih...huhuhu...

CONTEST : FAB BABY LOOK ALIKE
VENUE : SACC MALL,SHAH ALAM
DATE : 16.02.2013

and the result,we are not in the top 3 la....dapat hadiah saguhati jer...okay la....huhuhuhu...and hadiah disampaikan oleh Ekin n Mawi...huhuhuhu

ni waktu atas pentas kenalkan diri...

see,sibuk Nia nak pegang moktopon...

Oh my Hidayat n Hanania

penyampaian hadiah...Ekin ckp Nia comelllllllllllllllllll..........

see,her happy face.....

at the bazaar........
sekarang ni,saje suka2 masukkan Nia dalam macam-macam contest....lepas ni nak try contest by AEON....

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY...YANG DIKAGUMI

how an uneducated person become an millionaire while us????

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
  • Umur – 56 tahun (2008)
  • Pendidikan – SPM
  • Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
    BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta – Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Thursday, February 21, 2013

#2CAMERON HIGHLANDS...11.02.2013 2nd ANNIVERSARY

ok,bersambung dari entry terdahulu....after dah settle kat Teh BohPlantation tu,we all bergerak la nak naik ke Tanah Rata...OMG,sebab public holiday that day...inilah keadaan lalu lintas pada hari tersebut.....beratur la ko naik ke tanah rata.....


so,bila dah berdepan dengan situasi begini hampir nak 2 jam,mmg kematu ooo bontot duk dlm kereta... dengan karenah si Nia...siap husband boleh tangkap2 pic hutan tu...lalu je kat Bharat Tea Plantation,tak singgah pun sebab ramai sangat orang...lagipun,dah tengok pokok teh pun sebelum tu...what the reason naik CH nak tengok pokok teh semata2???hahahahaha.....ok,ni la yang dapat disaksikan sepanjang perjalanan yang jem tu....

lalu jer....xsinggah pun......

see,dari mengadap jem,diorang berkelah ditepi jalan....

so,disebabkan kenderaan yang bergerak perlahan kalah siput, kami sampai ke Pekan Tanah Rata tu dah nak pukul 2pm...hurmmmm,jem sebab dia buat jalan sehala plus pasar malam bukak pulak that day...tak singgah pun area Tanah Rata ni,we r heading straight tu Brinchang.atenya memula nak petik Strawberry tapi malangnya...sebab dah lewat tengahari,ladang strawberry yang kami pergi,dah xboleh masuk petik strawberry....time ni macam sedih gak la..sebab strawberry tu fav gua oooo....tak dapat masuk,dapat tangkap pic jer la.....we all pegi EQ Strawberry Farm if xsilap.dekat dengan Equatorial Hotel...so,sebab tak dapat masuk kutip strawberry,we all just heading to area pasar dekat dengan strawberry park tu..not sure what their name...

tangkap kat signboard je la

ni dapat la tangkap kat pic strawberry

ok,buy cactus...murah gila 7pokok RM10...

ok,bila dah memborong macam2 jenis kaktus dan juga sayur - syuran serta buah - buahan dan juga jagung manis cameron tu,kami pun nak bergerak la...time tu dah pukul 4 lebih petang...harus lah gerak dari situ sebab yong nak g minum kopi strawberry dia...kafe tu tutup pukul 6.30ptg...dah la jalan nak ke Tanah Rata tu jem sikit...dengan boleh plak dipertengahan jalan,si Hanania boleh beyak plak,dengan bau yg agak mengganggu konsentrasi,tak boleh tunggu sampai tanah rata,nasib kitorg terjumpa sebuah surau yg boleh digunakan dekat dengan time tunnel tu,so berhenti sekejap,tukar diapers,asar kejap then sambung perjalanan ke YZ Agro Farm...

ini lah kopi strawberry tu..rm20 tuk 8 pek cawan..mahal

kat sini jugak la drama Vanilla Coklat buat shooting time diorg honeymoon tu

see,Nia dah penat time ni...tido sampai ke KL dah....
ok,time ni i ade sedikit penyesalan sebab tak makan strawbery celup coklat kat CH ni...hahahaha..by this time kebanyakan kedai semua dah tutup...pukul 6.30pm dah time ni..kitorg settle makan minum, kafe pun settle kemas nak tutup..huhuhu....

itu lah perjalanan kami ke CH...walau pun tak banyak tempat pergi,tapi quality time with family tu yang penting...kami adik beradik bila dah besar ni baru dapat rasa kesenangan hidup...bila i dah berkeluarga, my sister love me more..of coz sebab my baby Nia..my sister sayang Nia lebihhh..and i only hav her as my sister..how i wish to let Nia grow in such a peacefull n harmony family...i dont want her to xperience what i hav been thru...ape pun, i love u all my family....














Wednesday, February 20, 2013

TUMBUH GIGI,APA PERLU DILAKUKAN?


since my lil HD sekarang tengah dalam proses tumbuh gigi..walau baru sebatang gigi bawah dia timbul,hati ku dah gembira tak terkata...and of coz la search sane sini mr.google..for my own knowledge to handle baby yang nak tumbuh gigi...dah tumbuh 1,mesti ada yg 2nd,3rd,4th dan yang seterusnya...HD tumbuh gigi pada umur 7bulan 2minggu,xcepat sangat n xlambat sangat..syukur sebab anak progress in her track..dah pandai menyusur,tumbuh gigi,panggil mama..
ok,kita share sikit info pasal Tumbuh Gigi....
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.
 
Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

##sumber dari pa&ma

Tuesday, February 19, 2013

YANG MENGGEMBIRAKAN....




Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi  yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. 
  1. Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
  2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
  3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
  4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun  agak sumbang.
  5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
  6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
  7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
  8. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
  9. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
  10. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
  11. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
  12. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
  13. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
  14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
  15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
  16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
  17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
  18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
  19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
  20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
  21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
  22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
  23. Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
  24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
  25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan  bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
  26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
  27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
  28. Jika anda sedang bersedih, bayilah  ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
  29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
  30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
  31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda. 
  32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
  33. Tangan kecilnya juga comel!
  34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
  35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
  36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
  37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
  38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang  hampir anda lupa.
  39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
  40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
  41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
  42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
  43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
  44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
  45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
  46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
  47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
  48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
  49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya. 
  50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
  51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
  52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
  53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
  54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
  55. Wajah bayi seiras anda  dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
  56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi.  Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini. 
  57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
  58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
  59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
  60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga
##sumber pa&ma

#1CAMERON HIGHLANDS...11.02.2013 2nd ANNIVERSARY

it was our anniversary day and we were at the top of Cameron Highlands.... :) ni semua idea kakak ku yang semangat nak bawak Hanania actually g CH..so bila nk bwk anak,harus lah di angkut mama n papa nya sekali...berani ke ko bawak Nia tanpa aku yong??hahahaha....so,we comfirm our trip to the night before...see,if sudden holiday mesti jadi..if trip yang rancang2 ni,payah benar nak jadinya..plan asal nk tidur sane but since yg pergi kami berempat je,so cancel..mahal ssangat caj apartment for 11.2 tu..PH kan...

So,kitorang bergerak dalam pukul 6.15am lebih kurang,my baby tidur lagi time tu..just biar dia tidur,angkat dia masuk kete jer...singgah RnR baru tukar n mandikan dia...dah la pagi tu husband buat drama,no need to story la,utk ingatan kami ber2 jer...and we started our journey...lebih kurang pukul 8am mcm tu,sggh RnR before exit Tapah,changing n mandikan Nia,siap2 pakaikan baju lengan panjang n suar jeans...kita nak g tempat sejuk nak...harusla mama bagi pakai baju tebal..

We reach Cameron Highlands around 10am lebih kurang....so,memula nak masuk bee farm tapi i think,nak tengok bee buat apa?lets do something else,and we see, Teh Boh Plantation is OPEN!yess,it open for that Monday..sbb usually diz plantation is closed on Monday tp that Monday is PH kan...ape lagi jom terjah...

Ni dekat our 1st destination - Teh Boh Plantation...

yang bestnya,we naik sampai atas puncak..super sejuk ooo atas tu..paling sejuk dari kat Brinchang,our last station that day.....

i love this moment...

*sampai - sampai terus breakfast,of coz la minum tea panasssss.....terbaik dari ladang....betul,ni memang kat ladang tea...i have passion fruit tea while husband n sister enjoy their vanilla tea(songket tea series) while abang had his earl grey tea..... memang terbaik..dengan sejuk2 tu,minum plak tea panas sambil makan sandwich n cake..rase mcm kat overseas jer...seee,my baby Nia paling comel.....

sisters..my only one...

* ni pulak at the peak of the tea plantation...penat jugak la naik,berpeluh jap dalam sejuk2 tu...my baby HD dah kesejukkan sampai dia berhingus...hahaha..naik atas ni,dia macam redha jer..sejuk sangat kot..nasib pakai baju tebal..see the kabus??lucky us that day cuaca soothing jer...


*sebelum keluar kereta harus la siapkan my baby dengan semua keperluan dia..paling perlu adalah jaket n topi n sarung tangan dia..for baby,memang sejuk la tempat ni..i wonder parents yang bawak baby dia pakai bju biasa jer,tak sejuk ker anak diorang?baby ku yg pakai baju tebal siap topi,mafla n sarung tangan pun freezing....see,pic kami ber3 tu??memang tak nampak tea pun sebab kabus tebal sangat that day....

##Ok,next place sambung next entry...


Thursday, February 14, 2013

YEAYYY...DAH TUMBUH!!!!

ape yang dah tumbuh????it was my lil HD 1st baby teeth....yeszssssss, Nia dah tumbuh gigi.....my baby dah ada gigi.....i was like wooowwwww,my baby dah ada gigi.....itu je la i nyanyi tuk Nia...baby mama dah ada gigi....Nia dh kene gosok gigi...(for now gosok gusi la sbb dh start mkn solid food)...waaaa,teruja ni..tapi xdapat capture lagi pic gigi Nia sebab halus lagi giginya....pegang dengan tangan,memang terasa la gigi nya yg halus ituuuu.....isshhhh,i'm xcited!!!!!!!!!!!!!!

dah kene gosok gigi.....

Monday, February 11, 2013

2nd ANNIVERSARY...LOVE IS FOREVER

11.02.2011 - HARI KAMI DINIKAHKAN
11.02.2012 - dah setahun kami bersama
11.02.2013 - 2 tahun dan terus mengira

semoga cinta kami terus bersemi....
semoga cinta kami terus kukuh....
semoga perkahwinan kami kekal bersama...
semoga cinta kita kekal ke Jannah....

Muhammad Hidayat Bin Mad Nor
& Nurul Nor Hidayu Aman Shah

semoga keluarga kecil yang kita bina,akan terus bahagia dan dilimpahi
kurnia dan redha Ilahi......

Hanania Danisha bukti cinta kita...
saya tak perlu hadiah intan permata
saya tak perlu wang berjuta
saya tak perlu rumah banglo mahupun kereta mewah
selagi saya ada suami yg awesome iaitu kamu
dan anak or future anak bersama kamu....

all i can said THAT's I LOVE U MORE THEN U CAN EVER KNOW....

HAPPY 2nd ANNIVERSARY MY DEAR.....

how i love my life changes......

NOTHING GONNA CHANGE MY LOVE FOR U




Saturday, February 9, 2013

HANANIA MILK STORY

ok,as i said before HD dah start FM since she was 3days old....time ni,i was crying worses then HD cry...she was crying because she didnt get enough milk from me while i was crying because i hav to give her FM...with eye teary, i couldnt have enough strenght to give HD the FM...husband do it...my BM are not enough for her...poor lil baby...mama cant afford you my BM...i cant even choose ur FM for u as papa buy ur 1st FM in hurry in the middle of night,12.00am runs to the nearest KK Speedmart and he could only get LACTOGEN,the brand that hav by that time for infant..

lucky me,husband n MIL calm me down...i just cant bear to hold my tear from falling down..its like raining inside and outside me...sambil bagi HD susu,sambil nangis...sambil tu hulur jugak my breast bagi HD hisap...but,Nia still cry out loud..i was try to picit2 my breast pun susu keluar sikit sangat...tp dh rasa bengkak..keesokkan harinya,my MIL amikkan kelopak kobis and let me sapu2 around my breast baru ade bertambah sikit my susu...and my baby continue with FM..tapi i told my MIL,she just can hav her FM if i was not around or bila  mmg Nia dah betul2 mengamuk meraung2 tak cukup susu...selagi i was just beside her,stay with her,i will direct bf her...

So,FM is just like sampingan for HD when my production reduces..for the 1st 3 month,as i was on my confinement leaves, i gift her direct feeding,somestime i give her FM to familiar it for HD as i will started working...so,bila dah start keje,ada balance2 ebm dalam 20bottles i give babysitter..sambil2 tu pam jugak buat stok tapi my production merosot teruk..sekali pam nak dapat 1 oz pun susah...so,i decide when she was 5 month,siang i let her drink FM bila dengan babysitter while malam Nia memang direct feeding dengan me.memang mengempeng jer la sepanjang malam bila time tidor tu..pandai plak tu selak my baju bila dia 6 bulan...hahaha....

masa mula2 pandai pegang botol....

So far till now,thats the routine...siang FM,malam BF...i still want to bf her tll she turns 2 y/o even not exclusive bf..now Nia dh started solid food,kecintaan Nia dah bertukar,she seem to be like food more then milk...She didnt enjoy her Dutch Baby milk anymore...if susu tak campur cerelac,she just main2 jer susu tu except bila dh 3jam++ tak memilk,haus sangat baru habis 4oz susu kosong....hai la Hanania...and now she already going to turn 8months,ape2 makanan Nia i will add milk sikit except bubur la...xsedap ooo bubur campur susu...sekarang gigih try menu-menu untuk Nia plak...huhuhuhu......

ikan merah+bayam

Friday, February 8, 2013

HAPPY CNY 2013


HAPPY CHINESE NEW YEAR FOR ALL....
i'm happy sebab cuti panjang.....4hari+1hari AL...
cuti panjang boleh manja2 dengan HD

for all chinese,happy new year.........

Thursday, February 7, 2013

A FAMOSA #DAY2

ok,entry basi baru nak publishhh...huhuhuhu.....disebabkan hari ke dua ni destinasi kami adalah A Famosa Water Theme Park,makanya pic pun semua waktu dlm theme park...tak teringat nak tangkap pic waktu kat rumah kampung tu...huhuhu...ok lah,see the pic jer la...malas dah nak bercerita....yang penting,my HD sangat happy and suka main air...she love the water splash...behave jer bila letak dalam pelampung.....and Hanania is so cute in her bikini...huhuhuhu.....

ok,standby yer mama...Nia nak mandiiii.......

tak sabar nak main air....

with mummy yoooo.....

happy mama n baby

she smile..

serius nak main air.....

happy us,happy family

under one mushroom....

baru turun gelongsor...Nia suka la mama


she just so happy..senyum2 nmpk gusi.....

inilah hasilnya,tidur sebab kepenatan.....