Followers

Monday, April 16, 2018

A YEAR OLDER :: HANANIA DANISHA IS 5

Fuhhhh, sebelum Nia menginjak ke angka 6 kita settlekan dulu hutang entry 5th birthday Nia.

Tahun 2017, kebetulan birthday Nia 26.6 tu jatuh on 2nd day raya. Dapatlah sambut hari lahir kat kampung dengan sanak sedara. Gigih pergi Aeon Mall raya kedua tu jejalan pakej sekali nak beli kek. Ye lah, raya kedua kot. Kedai pun banyak xbuka lagi. Nasib ada bakery dalam mall tu ada few cakes available. 

Sebelum tu g mr diy beli banner sikit, belon sikit dan props untuk bebudak sikit. Sambut dengan family je, xde la macam2 pun kekdahnya. Makanan pun makanan hari raya la, then kitorg beli piza hut sikit. 

Sampai rumah dah petang sesiap sikit, majlis halan lepas maghrib. Sesuai sangat sebab Nia dulu lahir semasa azan maghrib sedang berkumandang. 

Nia, 
Terima kasih sebab ada dengan mama, susah dan senang. Nia walaupun banyak sangat peel sejak lahir, tetap kesayangan mama. Nia banyak ajar mama erti jadi seorang mama. Melahirkan tak membuatkan mama terus jadi yang terbaik, tapi membesarkan Nia, bukti mama dah cuba lakukan yang terbaik.
Semoga hidup Nia sentiasa dalam redha Allah. Cari kasih Allah sampai Nia dewasa ya sayang. Kasih manusia boleh ditukar ganti, tapi kasih Allah kepada Nia kekal abadi. Mama takkan ada disisi Nia sentiasa, atau sampai bila-bila. Semoga Nia mampu jadi yang terbaik, walau dalam masa yang terburuk. 

Mama sayang Nia dulu, sekarang dan akan datang.

mama nia mishka