Followers

Friday, July 26, 2013

26.07.2013 - HD 13MONTHS

sekejap je dah 13 bulan my lil HD...she already enter her 1st year journey....dah jadi toddler...dah makan macam - macam... dah akal macam - macam.... sentiasa jadi penghibur hati mama, pengubat hati papa... penyeri kami sekeluarga... cepatnya masa berlalu....rasa macam baru je celebrate birthday Nia bulan lepas,today she already 13months...so far, semua vaccine from KK dah amik... but after this, i still 50-50... hahaha,jadi mama and i read a lot about vac buat ai jadi 50-50..still atas pagar... tapi i bukan lagi kategori anti vac...hahahaha...

HD progress?

she already can walk....like jalan....sujud,bangun jalan...jatuh,merangkak....hahahaha....kalau dia nak cepat, dia merangkak je...tp kalau hulur tangan,dia akan berjalan towards u..hati i bunga-bunga bila tengok 1st time Nia berjalan,exactly on 21.07.2013 lepas...sebab hari ahad kan,so memang ai la yg 1st sambut Nia after her 10-15 step tu..pandai jalan depan atuk n nenek..nak tunjuk dia cucu yg baik la tu..atuk dah belanja shopping siang tu...huhuhu....

minnie mouse tu atuk belikan..memula atuk nak buykan barbie,
nenek tak bagi...hahaha

she can call her papa...yesss, she know to dial and call her papa...hahaha...pantang nampak tepon, nanti dia mesti hello hellooo.....huhuhuhu...pastu speaking bahasa yang dia je faham..yang ai faham,mmaaaa....pppaaaaa, paaaaa....huhuhu....ohhh anak,mama pun xde call papa sehari sampai 3-4 kali, kamu papa baru g buka puasa luar, dia dah call 2-3 kali..huhuhu...(sebab kenapa credit fon ai selalu habis...)

senyum mesti nampak gigi..ikut siapa tu?

macam - macam lagi kalau nak cerita sini tapi ai think i should keep a bit as family stories...kalau semua cerita sini,nanti org muak plak baca...(ada ke pembaca tegar)???


bila kamu besar nanti
jangan lupa diri
jangan besar diri
dapat capai bintang dilangit
jangan lupa rumput dibumi

bila kamu berjaya
jangan lupa 5 waktu
jangan lupa sedekah
jangan lupa mama papa

bila mama dan papa tiada
jangan lupa Al Fatihah
jangan lupa sujud

Jangan pernah lupa
kamu sentiasa
jadi buah hati kami

Thursday, July 25, 2013

PRINCE OF CAMBRIDGE : GEORGE ALEXANDER LOUIS

i love Dutchess of Cambridge...she so Lady Diana to be...
and welcoming to the world their lil Prince of Cambridge....
yeayyy...my expected nama is choosen....
baru semalam cakap dengan husband,they probably named Prince as
George, Marcus,Arthur..all the Highness and previous King name...


Prince George Alexander Louis

Monday, July 22, 2013

AHLI SYURGA

Ramai up status pasal ahli syurga Nawal
Mungkin ibu nya cuai
Tapi dia tetap tunggu ibunya di syurga

Kita???
Jangan tuding 1 jari ke arah ibu
4 lagi jari tuding arah kita

Ibu mana mahu anak pergi sebelum dia
Tiada
Berhenti mengata
Jangan berhenti berdoa

Hanania
Jangan lupa ingatkan mama
Kalau mama terlupa
Kalau mama terleka
Kalau mama terlalai

Manusia tak sempurna

Kun fa ya kun
Allah Maha Besar

Friday, July 19, 2013

SEDIH

hari ni rasa sedih jer.....
tak tahu kenapa
tapi dalam hati
dalam fikiran
asyik terfikir
asyik terkenang
arwah papa
arwah mama

last sekali Ramadhan bersama
last sekali Syawal bersama
tahun 1997
1998 papa pergi
2007 mama menyusul
2008 - 2010 raya dengan kakak je
2011 raya dengan suami
sedih hati terpisah dengan kakak
kami 2 beradik
susah senang ber dua

hati sedih
jangan gundah
doa banyak - banyak
bulan Ramadhan
papa dan mama disisi
melawat anak cucu

Hanania
jangan sedih
arwah tok wan dan atuk tak de
wan dan atuk masih ada

Al-Fatihah papa
Al-Fatihah mama
Ayu sayang,rindu kalian



Thursday, July 18, 2013

HOME

*terkesan dari status fb kak fynn jamal.....


kene kerja kat overseas kumpul duit,10 tahun lepas tu balik Malaysia beli rumah....see, ni bukan takat melukut di tepi gantang, ni dah melukut di tepi laut.....

developer sekarang suka benar buat rumah style2
tapi yang mampu duduk rumah tu siapa???
anak menteri?
cucu menteri?
anak beranak developer?
expatriate??
jutawan?
hartawan?
karyawan?
atau lain2 jenis "wan2" yang ada?

ape nasib Hanania 20 tahun lagi??
mama tak mampu nak beli rumah sekarang...
Hanania jangan nangis
kita masih ada "rumah"
selagi ada papa,mama,Hanania dan adik2....

home is where family are

H itu

tiada modal untuk menulis
bila tulis padam
bila tulis peram
bila tulis geram

untuk sementara waktu
mungkin tiada khabar
tiada berita
menulis bila perlu
menangis selalu

sedang mencari diri sendiri
untuk lebih baik
untuk lebih sempura
walau tak sesempurna Khadijah
tapi cukup kalau dapat jadi secebis seperti dia

keluarga keutamaan
mencari rezeki halal
semua untuk makanan yang halal
yang jadi darah daging

Hanania penenangku
Hidayat kesayanganku
Hidayah sebahagianku
Hidayu itu AKU!



Wednesday, July 17, 2013

WALL MAKEOVER BY NA,SIAPA TAK NAK.....


OK,semua syarat dah click....ofcoz tak boleh lepaskan peluang untuk mendapatkan sesuatu yang percuma...huhuhuhu....

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini. DONE

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. DONE

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

---- KAT BAWAH NI DESIGN YANG AI NAK....sebab tahun depan nak renovate rumah tema SCANDINAVIAN, ai think this design gonna rock the wall section....

amik from page WALL MAKEOVER BY NA

and ayat keramat untuk make sure Nadia pilih ai untuk team WALL MAKEOVER BY NA datang rumah ai cat2 dinding ai....hahahahaha

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana ayu nanti akan renovate rumah ke Scandinavian style dan design - design di Wall Makeover by Na sangat2 menetapi citarasa ayu... lagipun rumah ayu tu dah nak 3 tahun duduk still macam empty lagi jer... sesekali nak berubah citarasa dan pemandangan....cat pun stail biasa2 je...semoga nanti wall yang di idamankan menjadi pemangkin semangat untuk menjadikan my dream Scandinavian home menjadi realiti...last but not least, ayu nak sangat rumah cantik macam rumah Nadia.... peace!............................"