Followers

Friday, September 14, 2018

CHEEZAS CHEESE POWDER : SERBUK CHEESE BEST UNTUK SEMUA


Salah satu item dalam goodies beg adalah cheese powder yang di sponsor oleh Puan Za, founder kepada Cheezas ni. Dapatlah merasa sorang sebungkus. Dulu pernah beli cheese powder ni tapi dah lama tak beli. Ni bila buat makan minum petang semalam, masyaallah sedapnye. Rasa puas sangat makan dengan limpahan cheese tu. Kalah cheezy wedges kepci tu. 

MIshka sampai tanya ehh mama pergi kfc ke? Hahahaha..ye nak,mama guna magic gi kfc pegi balik ikut pinti toilet tu. Harry the potter sangat kekdahnya.

2 kali goreng kentang tu, licin bebudak makan. Memang sedap, nak buat pun senang je. Just tambah air panas ikut kepekatan yang disukai. Nak pekat likat melekat letak air sikit je. Nak cair sikit meleleh merecik cheese tu letak air lebeyyy sikit ðŸ¤¤ðŸ¤¤

Setiap item dalam goodies gbsb memang terbaik. Yang makanan sesedap semuanya.


Kalau korang pun nak cuba Cheeza sedap ni, boleh pergi tengok detail bawah ni ok.
Website :
www.cheezas.com

Cheezas Nacho Cheese Powder 200gram
RETAIL : RM 13.00
Cheezas Supering Cheese Powder 200gram
RETAIL : RM 16.00
Cheezas White Cheese Powder 200gram
RETAIL : RM 15.00
Tidak termasuk kos COD @ pos.
HUBUNGI www.wasap.my/60135882045 dan dapatkan dari stokis terdekat anda


sedap hingga menjilat pinggan tu...hahaha


TRIP KE FARM IN THE CITY , SRI KEMBANGAN



Hai hai hai...rajin kan kita update entry kat blog kita sekarang.. ye aura rajin dah kena tiup dengan eng gojes.hahaha..cuti panjang hujung minggu kembali lagi minggu ni. Apa aktiviti la nak buat dengan budak-budak tu minggu ni. Sebab minggu lepas hujung minggu dan cuti terisi dengan penuh bermanfaat dari hari Sabtu hingga Selasa.

Ni salah satu aktiviti dengan budak-budak Isnin lepas. Sampai je rumah Yong bila balik dari Cyberview, bagitau kids yang kita nak pergi mini zoo esok. Bukan main happy lagi, siap counting hours si Nia tu. Pukul berapa nak pergi,jauh ke mama, besar ke mama?Addududu, anak kan, memang gitu sifatnya.

Esoknya 10.09 tu kitorg gerak ke Farm In The City dalam pukul 12p.m lebih kurang. Tak jauh pun dari Putrajaya tu, dalam 15 minit dah sampai. Nasib abang ipar tolong hantarkan je, dia tak join masuk sebab dah tengahari, parking agak mencabar jiwa dan raga juga lah. So kalau nak senang park, boleh datang awal tau. FITC buka seawal jam 10.00pagi. Sebab Public Holiday, memang orang ramai tapi still, haiwan masih mampu dilihat dan dibelai.

Sampai - sampai je amik gambar kat depan dulu..hehehe..Mishka tu tak berapa nak senyum hari tu, mood okay tapi nak amik gambar payah! Geram jer mama.

Ni satu gambar dia comel sebab dia yang nak amik gambar kat situ

Budak - budak excited. Si Hawa tu excited sebelum masuk, dah masukkkk.....

Sebelum masuk, kitorg pergi area kaunter tiket untuk jumpa PIC Cik Ika untuk register nama. Then kitorg semua diberi sticker untuk tampal sorang satu. Hari tu pergi 2 adult with 4 kids. Dah settle, maka mama dengan excitednya masuk. Masuk - masuk disambut dengan si Kura-kura besar. Serius comel ahh, yang paling besar umur dah 35 tahun, ada juga yang umur 12 dan 13 tahun. masih muda remaja walau saiz dia besar! Believe it dia bolehhidup up to 120 years old! Lamakan.. Mishka duk ulang alik minta akak jaga kangkung tu nak bagi kura-kura makan. Mama duk sebut turtle turtle pastu baru terfikir, turtle duduk kat laut, ni tortoise la. Hahaha

dia tak hulur, takut..dia campak je kangkung tu

Dalam tank tu pun ada kura-kura besar tapi tak berapa nampak kena tengok dekat-dekat sebab dah sama macam dia dengan batu,hahahaha. Dekat sini si Hawa tu senyum - senyum lagi. Tengok nanti muka dia bila jalan ke depan sikit.

Cik adik manis 2 orang tu senyum - senyum lagi...

Haaaa, jalan kedepan sikit, si Hawa dah nampak kambing dengan ayam lepas bebas datang dekat dengan kitorg, siap follow lagi, terus dia melalak dekat situ. Siap zikir, mama Wewe nak balik. Mummy mana? Panggil Dadi nak balikk...hahahaha..

muka budak nangis..seronok ar wewe,nape nangis? 

Sepanjang perjalanan tu macam - macam haiwan ada. Burung macam - macam spesis, ayam kecik,besar,betina,jantan,bapak semua ada.. Semua boleh disentuh dan dibelai. Geram je tengok. Kebersihan tak perlu risau. Setiap kali lepas pegang dan sentuh haiwan, kat FITC tu merata diorang sediakan paip air dan sabun pencuci tangan. Kalau sejenis ibu paranoid, bawa hand sanitizer sendiri sesiap okay. Nak kemana arah pun jangan risau, diorang ada letak sign board di setiap section supaya senang korang nak pergi tengok apa. Selain binatang, diorang ada juga tanam pokok-pokok. Siap tag nama lagi tu pokok apa. Ye lah, kita mak-mak pun belum tentu tahu rupa pokok macamana.



Antara haiwan - haiwan sebelum sampai dekat area kafe. Ada juga arnab , meerkat , Alpaca yang special tu, tapi tak dapat pegang. Kitorg dapat tengok je. Jadilah, Mishka n Nia memang happy, sepanjang jalan duk tanya mama ni binatang apa. Mama siap kena terangkan lagi. Boleh kut minta keje part time kt zoo cenggini.hahaha

antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak dan mama

Sampai pitstop paling lama kitorang lepak. Kebetulan hujan dah start turun time ni. Sebab bawa baby, kitorg singgah duduk dekat kafe dia dulu. Walau penuh lucky us ada juga tempat duduk untuk kitorg. Kafe dia pun agak luas dan selesa juga. Nia dah nampak sweetcorn, Ayu belilah bagi diorang sorang satu. Harga dalam ni okaylah not bad, tak mahal sangat. Sebekas sweetcorn tu RM4.00. Kalau set dengan air mineral RM5.50 je. Bagilah isi perut sikit, hujan-hujan lapar. Dah reda sikit hujan, lepas Nia n Mishka kat Longkang Fish tu, Mishka la semangat nak cedok ikan tapi ikan pun berenang-renang ke tepian ke sana kemari. Hahahaha. lama dia mencuba nasib, nasib tak menyebelahi. Tapi dia seronok je dapat main air tuuu...

kena paksa amik gambar..hahahaha

cedok dik jangan jangan tak cedok

tekun memasing mengadap sweetcorn

kafe area..

Hujan dah reda marilah kita bergerak ke pitstop seterusnya. Kat sini pun lama, almost sejam kat sini. Sebab apa? Sebab kids are tooooo excited dengan haiwan-haiwan yang boleh disentuh. Padahal mama pun excited uollss.. Duk bandar ni, bukan selalu dapat pegang haiwan. Surprisingly, Nia pun berani je kat sini. Knowing Nia yang dia sejenis memilih and moody sikit, tapi kat sini semua binatang dia pegang. Mama senyum lebar sebab Nia enjoy. Nia berani mencuba...


Nia Mishka pegang chicks

Nia berkenan sungguh dengan haiwan ni


Ni haiwan kegemaran Ayu..dari dulu suka, pernah nak bela
tapi tak kesampaian. Should i pet him?

2 beradik yang berani. Mama is proud...



Mishka tak payah ceritalah, tengok pic dan video atas tu..kitorg sangkut kat sini sebab dialah, duk pegang patpat ular tu je dah nak setengah jam. Happy betul dia dengan ular sawa tu. Nasib ular sawa kecik je, kalau besar mama tak ingin dekat-dekat. 

dengan cicak tu pun Mishka tak geli, dia siap tadah tangan
suh abg tu letak kat tangan dia.

Dah almost an hour kat area situ, kitorg start gerak dah nak keluar dah. Antara animal yang ada sebelum keluar dari FITC tu. Kat FITC ni boleh sentuh dan bagi makan binatang-binatang tertentu. Tapi sebab dah tengahari kot, binatang ni dah agak kenyak kot, so hulur-hulur makanan ada yang tak mau makan. Muahahaha...Tu tengok rakun pun dah melingkar atas pokok kemalasan. Comel betul sebab besar-besar saiz dia. Kalau boleh peluk tu rasa nak peluk je. Pony ride pun tak sempat naik sebab Nia tak berapa suka bau area situ.


antara haiwan - haiwan lain yang kita boleh free feed je diorang.

Kalau korang tak nak terlepas daily activities kat Farm In The City ni, boleh tengok gambar kat bawah ni ada waktu aktiviti yang berlangsung setiap hari. Boleh la rancang - rancang nak datang pukul berapa dan tengok aktiviti apa.

Daily Activities

Overall, memang enjoy pergi Farm In The City ni. Tak rugi bayar entrance tu. Haiwan dekat dengan kita. Boleh sentuh belai, nak tengok berapa lama dalam tu pun tak pe. Tempat dia pun takde lah seluas Zoo Negara tu, tak penat pun nak habiskan seluruh farm. Kalau syiok, pusing lagi 2-3 kali dalam tu sampai puas..hehehe.. 

Ada beberapa tips Ayu nak bagitahu :

1. Tempat mesra stroller. Kalau bawa baby no prob nak tolak stroller. Ada laluan landai untuk stroller di seluruh kawasan. Kalau yang macam cage area tu, sebelah luar  dia ada jalan untuk pejalan dan stroller. Untuk comfort, standby juga bawa carrier, kot - kot la baby cranky melalak tengok haiwan dedekat.

2. Sinki dan sabun tangun is all around farm area. Setiap bahagian diorang ada sediakan sink n sabun tangan. Jangan risau mana nak cuci tangan k lepas pegang haiwan.

3. Bawa duit RM1 banyak-banyak. Senang nak beli token untuk feeding. Nak naik pony ride pun guna token je.

4. Datang pagi-pagi untuk keselesaan parking dan cuaca. Air jangan lupa bawa tauuuuu...

Itu je yang ayu dapat fikir sekarang, mak-mak mesti tahu apa nak expect bila bawa anak-anak pergi tempat macam ni kan. 
Nak tahu harga tiket masuk dan maklumat lanjut tentang Farm In The City, boleh tengok gambar bawah okay..




nanti kitorg nak datang lagilah mama....


Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City



Wednesday, September 12, 2018

DAGING SALAI SEDAP DARI SMOKA SALAI HOUS

Ni kesinambungan dari entry makan petang tadi...salah satu menu potluck adalah Daging Salai Masak Lemak dengan Belimbing hoiii.dimasak penuh kasih sayang oleh Ieza dan Umie...sedap yakamat! Walaupun bukan penggemar masak lemak tapi i loike daging..sejenis karnivor seorang ayu ni..hehehe..apa-apa yang daging i suka. Berrtambah sedap bilamana Umie n Ieza guna daging salai tau. terbau - bau lagi ni.

Korang macam AYu suka makan daging? Lagi - lagi Daging Salai . Menyelerakan betul bila kena cara masak tu.. Tengok gambar tuuu, alahhh alahh alahhh, daging tu sedap enak empuk semuanya. Tak liat pun, senang je kunyah. Bau salai pun takde lah kuat sangat, just nice orang kata.




Bagi korang yang teringin nak cuba Daging Salai dari Smoka Salai Hous ni, boleh rujuk details kat bawah tau...

**********************************

SMOKA DAGING SALAI EXTRA NIPIS

Ini produk terbaru kami, setelah sebulan produk kami berada di dalam pasaran, pelbagai maklum balas telah kami terima. Terima kasih kepada semua pelanggan kami.
3 Kelebihan Smoka Daging Salai Extra Nipis :
🥩 Masa pemanasan seminit ( api sederhana )
🥩 Tekstur nipis memudahkan ia cair di dalam mulut anda (semestinya ia lembut, enak dan gebu).🥩Saiz potongan terus makan ( atau terus campak di dalam gulai)
**********************************

Smoka - Salai Hous
(Daging salai)
- Harga - RM20
- Berat 250g
- Daging ni sudah masak cuma difrozenkan
- The kempen eat clean and healthy
- Mudah dan cepat dimasak
Menggunakan teknik salai tradisional
- Menjimatkan masa menyiapkan hidangan
- Muhamad Husnul Azam Ahmad Mughni
Pegawai Pemasaran
019 - 6014 371

GOJES FAMILY DAY 2018 : PETANG DI CYBERVIEW RESORT & SPA


hai semua..mari kita sambung cerita petang mak-mak gojes.. Apalah family day tanpa potluck kan.Betulkan, ada gathering je mesti WAJIB ada acara makan-makan. Start around 4.30pm macam tu slowly sorang-sorang berkumpul disamping makanan masing-masing di tepi kolam kanak-kanak. Serius best Cyberview ni, port lepak semua bagus. Tepi kolam mandi ada meja kerusi boleh guna untuk bersantai. Kitorang siap bentang tikar besar Umie bawa. Fuhhh, sambil mak-mak membawang putih,merah besar semua, anak - anak enjoy lepas dalam kolam mandi. Kawasan dia sekitar tu je, tak risau pun lepas anak-anak. Pantau sekejap - sekejap.

ni area pool dewasa dia.lawakan..pool dia berangkai, belah atas sana pool kids juga

Mishka biasalah, memula nak masuk kolam ni payah sikit. Dia duk tepi tangga jadi jaga kolam dulu, dah mama hantar masuk kolam baru dia berani join kakak. Kakak? tak payah suruh, dia terjun je terus masuk kolam. Ada dia kisah adik nak masuk ke idok..hahaha

see,penjaga tangga kolam..hahaha

aktiviti fav anak-anak

Aktiviti fav mak-mak duduk mengadap depan makanan la..tengok je lah gambar kat bawah ni, tak terucap dengan kata kekenyangan petang tu, membawa ke malam..hahaha...

tu aglio oglio sedap rara
antara menu yang ada

nona manis tu faveret mishka..sekejap-sekejap naik
dari kolam mama nak kuih hijau

peace

picnic petang

meja sambung bersambung

tak sia-sia pilih Cyberview, semua port best!

teman anak berendam

kawan sampai tua

Happynya dapat join tak dapat diluah dengan kata-kata. Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Dalam 7.00pm kitorang semua beredar naik bilik masing-masing, sambung mandi dalam bilik pula, then sesiap untuk upacara malam pula. 
Till then,
stay tuneee....

GOJES FAMILY DAY 2018 DI CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Finally, setelah lama menanti...tahun 2018 ni dapat juga join Family Day Gojes Blogger Supermom Baby @ GBSB setelah beberapa tahun tak dapat join. Last year kat Janda Baik last minute terpaksa cancel sebab ada hal. This year, macamana pun kena join juga. Sebab dah dekat. Tahun ni semua sepakat memilih Cyberview Resort & Spa,Cyberjaya. Kelasss mak jahhh buat famday kat resort spa uollss, special price lagi tu.

Ok, seawal 11am ayu n kids dah gerak dari rumah. Well, perjalanan backpack kan, walaupun hanya dari Bangsar. Nak order grab terus dari rumah, pukul 11am tu grab offer RM56 tau..so mahal. Rasa macam boleh beli tic bas balik kg je. So kita amik train LRT sampai ke Putra Height,17 station dari Universiti RM3.70, about 40minutes perjalanan smpai then kita book grab RM30 je sampai Cyberview. Jalan a bit jem, so dalam 20minit baru sampai. Kids dah zikir bila nk sampai hotel nak mandi pool mandi pool ulang 263636x!
Total only RM33.70
Jimat dah RM20 tau...

Once masuk je perkarangan resort, mama pun teruja. Lawaaaa sangat ni!




Turun je dari kereta terus disambut bellboy, bawa keluar tolong ambil beg sekali. 1st class sangat layanan tu. 1st impression pun dah good. Masuk je lobi, alahh alahh tenang je. Memang kat hotel ni aura dia lain maciammm.

Kitorang sampai around 12.50pm gitu. Bilik tak ready lagi so we have to wait for a while. Bilik di Cyberview Fullhouse on that weekend. Takpe, kids pun dah panas enjin jumpa geng main. Kita tengok2 sekitar hotel dulu, selfie barang sekali dua,hahahaha.







Seronok Mishka n Nia berlari berkejaran seindah bunga di taman. Time ni tak habis-habis zikir nak swimming pool ulang 25263737x! Nia dah tanya-tanya bila nak masuk bilik.

Antara geng yang sampai awal 😊😊

Around 2pm we got ourself checked in. Tak kisahlah bilik atas ke bawah, nak cecepat check in masuk bilik luruskan badan. Agak jauh lobi ke bilik tapi jangan risau, boleh parking kereta terus nnt depan bilik. Macam kitorang, afa service buggy disediakan. Dia hantar sampai depan bilik. Ehh nak g memana call je lah buggy tu. Dia datang hantar. Kids happy sangat dapat naik, their first time!

buggy ride!

Our room number is 210,type Superior. Price? Special price with free breakfirst. Tapi sangat berbaloi untuk servis 5star. Buka je pintu bilik, masuk bebudak terus serbu tak sabar dah. Pusing bilik masuk toilet terus teruja ada bath tub! Tak sempat pape terus masuk bath tub dulu. Kids always be kids kan. May they have a wonderfull experience here.

Bilik pun size okay, spacious juga la untuk bilik paling kecil dan paling murah. Paling murah pun dah gini rupa dia, bayangkan paling mahal? Lagi wowwweeee!


keterujaan




bukan selalu dapat mirror selfie lawa!ehhhh
Bila jumpa cermin buat ko jadi lawa..ehhhh, tak nampak gemuk kan, okay je kan kan kanzz....biarlah berat bahu memikul je tau berapa berat sebenar, haha.


Ok korang, klu book bilik Superior nak balkoni besar, nak duk mengopi membawang kat sini, minta bilik 210. Bilik sebelah i balkoni selangkah je. Hahahaha. Tu muka berlagak la tu balkoni kita besar boleh guling-guling. Luaskan balkoni kite??





Dah lelepak bilik 2 jam, ieza pun dah sampai, around 4.00pm kitorg turun pergi swimming pool area. Nak potluck kan. Nia n Mishka pun dah settle berendam bath tub, tapi kids kalau jumpa kolam, nak kata apa. Mestilah terjun sekali. Sepanjang laluan nak ke kolam tu, ku lihat hijauuuuu je. Sejuk sangat mata memandang. Hijau itu kan warna yang mendamaikan. Memang saujana mata memandang sekitar kwasan hotel. Tak caya? Tengok gambar je lah k.

lawaaa

hijauuu je

mishka dah nampak pool

Cukup hijau tak? Hehehe..
Nanti kita sambung lagi part mandi manda and potluck okay. Till then, seee you..
Post family day is not gonna be easy!

Untuk yang nak tahu atau nak stay Cyberview,
Here the details:

The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia
GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020