Followers

Wednesday, August 15, 2018

PEPERIKSAAN SPA N29

Hari ni, malam nanti dipanggil untuk duduki peperiksaan online untuk jawatan penolong pegawai tadbir N29. Sebenarnya, dah penat nak amik lagi dan lagi dan lagi ujian ni. Tiap-tiap tahun duduk ujian, pernah sekali je sampai temuduga. 

Bila dah banyak kali ujian pun gagal, rasa mcm tak layak ke aku tukar kerja. Rasa macam dah boleh jawab semua, tapi rezeki tetap bukan ayu yang punya. Mungkin lah itu exam M41, susah tapi semoga ada rezeki lah dimana-mana yang baik dan Allah redhakan. 

Apa-apa pun, semoga hari ni dapat jawab dengan ok. Buat yang termampu. Stay ofis sampai malam la jawabnya hari ni.

Wish me luck!



Yang masih sentiasa update resume jobstreet, update myjobs, hantar resume sana sini yet still masih di IPG ini.

Tuesday, August 14, 2018

HANANIA BIRTHDAY CAKE


Tahun 2018, tahun bersejarah sebab mama mampu buatkan kek hari lahir Nia sendiri. 100% dari mama khas buat Hanania Danisha. Disediakan penuh kasih sayang. 

Tahun ni 2x buat birthday Nia. Sekali di sekolah dan sekali lagi di rumah. Sebab tahun lepas bday Nia waktu raya, tak buat kt sekolah. Tahun ni birthday Nia 26.06 hari sekolah, makanya gigih mama bake malam tu Rainbow Cake specially for Nia.

Bangga sekejap dapat buat kek rainbow berwarna warni tu.

kek kebanggan kejap....


Untuk majlis kat rumah pula, Ayu buat inspired by Victoria Sandwich Cake. Need improvement tapi rasa memuaskan hati mereka yang menjamah 😊😊😊. Boleh senyum bangga. Dari tangan kejung buat lempeng pun belum tentu jadi, dah mampu buat cake sendiri.

Tapi sebab jem strawberry tu belikan, maniss ya ampun. Pas ni nak buat kena buat sendiri juga jem tu, baru boleh control kemanisan nya. Kita tambah manis dalam senyuman je ok, manis makanan potong potong.

jangan judge dari paras rupa..hehehe

Yang belajar nak buat kek chocolate ultrama pula lepas ni.


MAKAN at THE BASIKAL

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

sis minta tumpang lalu ye, baru lepas tebas rumput, sapu sawang kat blog ni. Baru dapat aura nak update blog ni. Sian dia dah lama terabai. Sendu terus...Kita kasi revive balik ok sayang.

Cerita-cerita tahun 2017 dan lepas-lepas tu, biar jelah simpan kenangan kat FB nun. Kita start fresh dari 2018 je la ye. Ni cite bulan April hari tu. Kitorang plan nak pegi dinner, takde sambut pape pun,just mak anak 3 iaitu Siti nak makan luar dengan Wawa, mak anak 2 ni follow la sekali. Siti dengan Wawa ni rakan sekerja, Tapi Cik Wa Nia Mishka tu dah pindah JKR dah sekarang, tak kerja kat IPG dah. But still in contact till now. Rumah dedekat je.

Well,kitorg g makan kat The Basikal, Bangsar. Kedai ni kat rooftop, kalau tak tahu tak expect pun ada tempat makan atas tu. Pergi siang macam biasa-biasa je, tapi bila pergi malam, siap ada lampu-lampu,ambiance dia best. Seronok budak-budak tu berlari berkejaran. 





Menu dekat sini takde lah banyak sangat dan kebaboom boom tapi rasa makanan dia sedap. Hari tu ayu makan mee curry, nia makan nasi lemak. Siti order Laksa ( takde dalam gambar ) and Wawa order chicken chop. Sirap bandung soda tu sodappp.. Dia ada juga menu lain, asam pedas, nasi lemak ayam rempah if xsilap. Lupa plak nak amik pic menu dia. Harga pun affordable. Suka lepak sini boleh sesembang lama santai sebab takde orang sangat. Kitorg pergi hari tu around 8pm lepak sampai nak dekat kul 10pm juga la. Tapi kalau nak datang sini, mind that tangga dia agak seramm nak naik..hahahaha.


Sesiapa yang stay area Bangsar tu, kalau rasa-rasa nak pergi rooftop cafe, ayu recommend sini. jangan pula korang expect ada aircond ye, tapi tak panas sangat pun, ada kipas keliling sebab dia jenis open air, xsemua tempat ada bumbung, kalau hujan sila cabut...hahahaha

budak-budak yang happy bila makan lu

See, lawa kan suasana bila malam hari. Siap ada free wifi lagi. Bolehlah terus upload pic korang kat situ. Diorang ada Fb pagi if tak silap Makan at The Basikal .





suasana bila siang

Yang tak habis lagi teroka kedai makan area Bangsar ni. Asyik pergi kedai makan samaaaaa je.
hahahahaha