yang paling kau rindu,mungkin yang bukan kau tunggu
yang paling kau mahu,mungkin yang bukan kau perlu
yang paling kau sayang,mungkin yang bukan kau pegang
yang paling kau benci,mungkin yang bukan kau caci
dalam hidup banyak Yang Paling kau ada
tapi selalunya yang paling kau nak la yang paling jauh dari kau
sebab lumrahnya manusia,
kau suka yang paling kau susah nak dapat
kau suka yang paling orang tak sangka
kau suka yang paling kau boleh bangga
manusia kan,sebab umumnya aku pun begitu....
bila bercakap tentang hidup,apalah sangat pengalaman aku yang baru nak 30 tahun hidup....
tolak 12 tahun pertama yang langsung tak de masalah melainkan masalah kerja sekolah....
jadi 17 tahun selepas itu je yang ajar bahawa hidup kau yang kau dah rasa paling susah,
semua tu kau kena praktiskan untuk ajar anak kau yang hidup ni memang kena belajar dari yang paling susah...aku terima kasih kat Allah swt untuk 17 tahun hidup aku yang Allah uji selalu tu,boleh jadikan aku kuat nak hadap apa pun perasaan yang paling ada dalam hati aku ni...
kau rasa sakit kena tinggal cerai tu yang paling sakit?
tak,sakit nya waktu arwah papa and mama tinggalkan aku lagi sakit.kau takkan jumpa diorg lagi dah...
kau rasa sakit beranak tu yang paling sakit?
tak,sebagai anak aku paling sakit waktu tengok arwah mama aku sakitnya melawan penyakit dia,bahawa betapa sakitnya minda dan hati aku waktu tu bila ingat aku ni seorang anak yang tak dengar kata dulu....
kau rasa zaman kanak-kanak,remaja kau paling best?
zaman kanak-kanak dan remaja aku penuh dengan kisah nak hidup kau kena survive sendiri,nak hidup paling senang,in your dream....
dan banyak lagi yang paling gembira,sedih,sakit pernah aku rasa
tapi yang paling aku takkan lupa,
01.07.1998
05.01.2007
11.02.2011
26.06.2012
30.09.2014
11.05.2015
dan yang paling penting,
aku hidup atas kasih sayang dan semua memori indah mereka....