Followers

Thursday, January 26, 2012

PEE DEE

pada cuti CNY hari tu,dont where to go,me n husband wif yong n karlida g PD,picnic....
it was my idea xtually,teringin nak mandi laut...so hari jumaat tu discuss dgn diorg so we decide to go PD...
palng dekat...tak stay sane pun,balik hari je...g pagi balik petang.....
xmau meredah jem hari selasa tu if kitorg stay sane...bersesak2 dengan orang dari kampung....
baik penat sehari je...janji dapat mandi laut.....
thanx to husband yang layankan je perangai wifey dia yang ngengade nak mandi laut ni....
tp time2 ni la na g simple picnic kan...wif my kesayangan.....

pagi tu,dalam &.30am kalid pick us at our home..before tu dia g amik yong....
average lepas tol sg besi dalam kul 8.00am and we arrive PD dalam kul 9.00am...
and as we wonder,pantai dah penuh!!!!!!!!!!!
Teluk Kemang dah pack...so we heading to Tanjung Tuan,depan Blue Lagoon tu.....
hahahahahaha....xde la sepack Teluk Kemang tu....janji dapat mandi laut.....
walau pun pantai pada hari tu,cetek je....nak dalam sikit kene ketengah...air dah ketengah pun,
xlepas pun bahu husband,paras2 pinggang je....hahahahha
ok la.....penat la menulis,tgk pic je la.....

makanan pd hari tu..me msk nasi lemak,yong msk mihun n
kalid buat sandwich n pudding

yong - me - kalid

hahahaha.....husband sibuk nak kene tarik gak.....

i'm the princess

so,dalam kul 3.00pm kitorg pack2 n gerak nak balik kl.....
lucky us pack2 n gerak awal sebab dalam kul 4.00pm++ tu,hujan turun dengan lebatnye....time 
tu kitorg singgah makan kat 1 kedai nasi kukus ayam panggang....
ala-ala koboi design dia....
so,lepas makan bergerak la pulang kami ke KL.....

Wednesday, January 25, 2012

MOVIES

Since pregnant ni,my routine xde la berubah sangat.....
pola pemakanan pun xberubah sangat...cuma ambik more supplement and eat xtra veggie.....
since lawatan ke klinik setakat ni semuanya ok,so nothing to change lot la kan...just kurangkan manisss je....
takut gak kene kencing manis nanti....hehehehehe
tp yang paling digemari.....
Teppanyaki....
Aiskrim......
Burger......
Ikan masak sambal......
also whatever husband COOK!!!!!
*ok,husband ku pandai masak....happy me....

Dan yang paling obvious,i love ACTION Movies!!!!!!!!!!
Tengok Mission Impossible: Ghost Protocol 2X
Tengok Transformer back to back kat rumah...semua siri!!!!!!
Tengok Underworld : Awakening...(mmg rase nk tgk lagi,best!!!!!)
And skrg cari masa nak tgk The Viral Factor.....Jay Chou n Nicholas Tse tu berlakon!!!
**byk betul tanda seru.....

tp bila difikirkan balik,kesian plak baby dengar bunyi2 bising gaduh2,perang2 ni...
tp what to do....mummy to be ni sgt suka tgk movie....
and i love John Statham a lot...(pe kene mengena dengan entry ni???)
sebab aku suka semua movie dia n he was super hot bold guy i ever like so much!!!!!!
almost all his movie husband ade download......

ok,makin panjang entry,makin aku merapu.....esokla aku update xtviti di cuti raya cina yang lepas.....
aku pun sibuk beraya,di kl dan luar kl.....

dedicate to Qi...oppsssss,dedicated to Hidayat!!!!!!!!!!!!!

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Friday, January 13, 2012

KAHWIN CARA ISLAM vs KAHWIN CARA MELAYU

bila baca artikel ni, rasa menyesal plak dulu buat wedding grand2...(walaupun xde lah segrand mane pun weddingku)...husband tak mau sanding but me yang beria-ia nak jugak...sorry husband,belum jadi isteri dah disobey...




Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

***how lucky if all educated women are thinking all this..but nowadays,kahwin je mesti nak sponsor sane sini....ooppssss,jgn budget semua artis nak dpt sponsor.....

Thursday, January 5, 2012

KEGEMARANKU.......

Haaaaaaa......ni la makanan feveret yang aku suka time mengandung ni.....
dalam sebulan 4-5 kali gak makan benda ni.....
jeng jeng jeng.....

TEPPANYAKI!!!!!!!!!!!
xkisah la teppanyaki daging ke,ayam ke,sotong ke,salmon ke....
as long it was teppanyaki.....


nampak sgt kegemaran masa mengandung sebab dulu nak makan setahun sekali pun belom tentu.....
TEPPANYAKI yang paling disukai kat Sg Wang tu.....
habis sayur - sayur tu semua aku makan...padahal byk ooo itu taugeh.......



**yang baru makan teppanyaki semalam......weeeeeeeee