Hai hai hai...rajin kan kita update entry kat blog kita sekarang.. ye aura rajin dah kena tiup dengan eng gojes.hahaha..cuti panjang hujung minggu kembali lagi minggu ni. Apa aktiviti la nak buat dengan budak-budak tu minggu ni. Sebab minggu lepas hujung minggu dan cuti terisi dengan penuh bermanfaat dari hari Sabtu hingga Selasa.
Ni salah satu aktiviti dengan budak-budak Isnin lepas. Sampai je rumah Yong bila balik dari Cyberview, bagitau kids yang kita nak pergi mini zoo esok. Bukan main happy lagi, siap counting hours si Nia tu. Pukul berapa nak pergi,jauh ke mama, besar ke mama?Addududu, anak kan, memang gitu sifatnya.
Esoknya 10.09 tu kitorg gerak ke Farm In The City dalam pukul 12p.m lebih kurang. Tak jauh pun dari Putrajaya tu, dalam 15 minit dah sampai. Nasib abang ipar tolong hantarkan je, dia tak join masuk sebab dah tengahari, parking agak mencabar jiwa dan raga juga lah. So kalau nak senang park, boleh datang awal tau. FITC buka seawal jam 10.00pagi. Sebab Public Holiday, memang orang ramai tapi still, haiwan masih mampu dilihat dan dibelai.
Sampai - sampai je amik gambar kat depan dulu..hehehe..Mishka tu tak berapa nak senyum hari tu, mood okay tapi nak amik gambar payah! Geram jer mama.
|
Ni satu gambar dia comel sebab dia yang nak amik gambar kat situ |
|
Budak - budak excited. Si Hawa tu excited sebelum masuk, dah masukkkk..... |
Sebelum masuk, kitorg pergi area kaunter tiket untuk jumpa PIC Cik Ika untuk register nama. Then kitorg semua diberi sticker untuk tampal sorang satu. Hari tu pergi 2 adult with 4 kids. Dah settle, maka mama dengan excitednya masuk. Masuk - masuk disambut dengan si Kura-kura besar. Serius comel ahh, yang paling besar umur dah 35 tahun, ada juga yang umur 12 dan 13 tahun. masih muda remaja walau saiz dia besar! Believe it dia bolehhidup up to 120 years old! Lamakan.. Mishka duk ulang alik minta akak jaga kangkung tu nak bagi kura-kura makan. Mama duk sebut turtle turtle pastu baru terfikir, turtle duduk kat laut, ni tortoise la. Hahaha
|
dia tak hulur, takut..dia campak je kangkung tu |
Dalam tank tu pun ada kura-kura besar tapi tak berapa nampak kena tengok dekat-dekat sebab dah sama macam dia dengan batu,hahahaha. Dekat sini si Hawa tu senyum - senyum lagi. Tengok nanti muka dia bila jalan ke depan sikit.
|
Cik adik manis 2 orang tu senyum - senyum lagi... |
Haaaa, jalan kedepan sikit, si Hawa dah nampak kambing dengan ayam lepas bebas datang dekat dengan kitorg, siap follow lagi, terus dia melalak dekat situ. Siap zikir, mama Wewe nak balik. Mummy mana? Panggil Dadi nak balikk...hahahaha..
|
muka budak nangis..seronok ar wewe,nape nangis? |
Sepanjang perjalanan tu macam - macam haiwan ada. Burung macam - macam spesis, ayam kecik,besar,betina,jantan,bapak semua ada.. Semua boleh disentuh dan dibelai. Geram je tengok. Kebersihan tak perlu risau. Setiap kali lepas pegang dan sentuh haiwan, kat FITC tu merata diorang sediakan paip air dan sabun pencuci tangan. Kalau sejenis ibu paranoid, bawa hand sanitizer sendiri sesiap okay. Nak kemana arah pun jangan risau, diorang ada letak sign board di setiap section supaya senang korang nak pergi tengok apa. Selain binatang, diorang ada juga tanam pokok-pokok. Siap tag nama lagi tu pokok apa. Ye lah, kita mak-mak pun belum tentu tahu rupa pokok macamana.
Antara haiwan - haiwan sebelum sampai dekat area kafe. Ada juga arnab , meerkat , Alpaca yang special tu, tapi tak dapat pegang. Kitorg dapat tengok je. Jadilah, Mishka n Nia memang happy, sepanjang jalan duk tanya mama ni binatang apa. Mama siap kena terangkan lagi. Boleh kut minta keje part time kt zoo cenggini.hahaha
|
antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak dan mama |
Sampai pitstop paling lama kitorang lepak. Kebetulan hujan dah start turun time ni. Sebab bawa baby, kitorg singgah duduk dekat kafe dia dulu. Walau penuh lucky us ada juga tempat duduk untuk kitorg. Kafe dia pun agak luas dan selesa juga. Nia dah nampak sweetcorn, Ayu belilah bagi diorang sorang satu. Harga dalam ni okaylah not bad, tak mahal sangat. Sebekas sweetcorn tu RM4.00. Kalau set dengan air mineral RM5.50 je. Bagilah isi perut sikit, hujan-hujan lapar. Dah reda sikit hujan, lepas Nia n Mishka kat Longkang Fish tu, Mishka la semangat nak cedok ikan tapi ikan pun berenang-renang ke tepian ke sana kemari. Hahahaha. lama dia mencuba nasib, nasib tak menyebelahi. Tapi dia seronok je dapat main air tuuu...
|
kena paksa amik gambar..hahahaha |
|
cedok dik jangan jangan tak cedok |
|
tekun memasing mengadap sweetcorn |
|
kafe area.. |
Hujan dah reda marilah kita bergerak ke pitstop seterusnya. Kat sini pun lama, almost sejam kat sini. Sebab apa? Sebab kids are tooooo excited dengan haiwan-haiwan yang boleh disentuh. Padahal mama pun excited uollss.. Duk bandar ni, bukan selalu dapat pegang haiwan. Surprisingly, Nia pun berani je kat sini. Knowing Nia yang dia sejenis memilih and moody sikit, tapi kat sini semua binatang dia pegang. Mama senyum lebar sebab Nia enjoy. Nia berani mencuba...
|
Nia Mishka pegang chicks |
|
Nia berkenan sungguh dengan haiwan ni |
|
Ni haiwan kegemaran Ayu..dari dulu suka, pernah nak bela tapi tak kesampaian. Should i pet him? |
|
2 beradik yang berani. Mama is proud... |
Mishka tak payah ceritalah, tengok pic dan video atas tu..kitorg sangkut kat sini sebab dialah, duk pegang patpat ular tu je dah nak setengah jam. Happy betul dia dengan ular sawa tu. Nasib ular sawa kecik je, kalau besar mama tak ingin dekat-dekat.
|
dengan cicak tu pun Mishka tak geli, dia siap tadah tangan suh abg tu letak kat tangan dia. |
Dah almost an hour kat area situ, kitorg start gerak dah nak keluar dah. Antara animal yang ada sebelum keluar dari FITC tu. Kat FITC ni boleh sentuh dan bagi makan binatang-binatang tertentu. Tapi sebab dah tengahari kot, binatang ni dah agak kenyak kot, so hulur-hulur makanan ada yang tak mau makan. Muahahaha...Tu tengok rakun pun dah melingkar atas pokok kemalasan. Comel betul sebab besar-besar saiz dia. Kalau boleh peluk tu rasa nak peluk je. Pony ride pun tak sempat naik sebab Nia tak berapa suka bau area situ.
|
antara haiwan - haiwan lain yang kita boleh free feed je diorang. |
Kalau korang tak nak terlepas daily activities kat Farm In The City ni, boleh tengok gambar kat bawah ni ada waktu aktiviti yang berlangsung setiap hari. Boleh la rancang - rancang nak datang pukul berapa dan tengok aktiviti apa.
|
Daily Activities |
Overall, memang enjoy pergi Farm In The City ni. Tak rugi bayar entrance tu. Haiwan dekat dengan kita. Boleh sentuh belai, nak tengok berapa lama dalam tu pun tak pe. Tempat dia pun takde lah seluas Zoo Negara tu, tak penat pun nak habiskan seluruh farm. Kalau syiok, pusing lagi 2-3 kali dalam tu sampai puas..hehehe..
Ada beberapa tips Ayu nak bagitahu :
1. Tempat mesra stroller. Kalau bawa baby no prob nak tolak stroller. Ada laluan landai untuk stroller di seluruh kawasan. Kalau yang macam cage area tu, sebelah luar dia ada jalan untuk pejalan dan stroller. Untuk comfort, standby juga bawa carrier, kot - kot la baby cranky melalak tengok haiwan dedekat.
2. Sinki dan sabun tangun is all around farm area. Setiap bahagian diorang ada sediakan sink n sabun tangan. Jangan risau mana nak cuci tangan k lepas pegang haiwan.
3. Bawa duit RM1 banyak-banyak. Senang nak beli token untuk feeding. Nak naik pony ride pun guna token je.
4. Datang pagi-pagi untuk keselesaan parking dan cuaca. Air jangan lupa bawa tauuuuu...
Itu je yang ayu dapat fikir sekarang, mak-mak mesti tahu apa nak expect bila bawa anak-anak pergi tempat macam ni kan.
Nak tahu harga tiket masuk dan maklumat lanjut tentang Farm In The City, boleh tengok gambar bawah okay..
|
nanti kitorg nak datang lagilah mama.... |
Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099